Skip to main content

Posts

Soalan Pemahaman Rumusan Bahasa Melayu

Soalan 1 Maksud rangkai kata mempunyai potensi ialah memiliki kebolehan. Soalan 2 Beberapa cara yang dinyatakan oleh pengarang untuk menggunakan pokok kari bagi   merawat penyakit ialah tangkai daun kari dikeringkan secara optimum. Selain itu, batang   pokok kari yang dikeringkan direbuskan supaya dijadikan air.  Akhir sekali, daun kari  segar boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam. Soalan 3  Pada pandangan saya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan  rakyat  supaya menggunakan  bahan berasaskan herba dalam bidang  tersebut ialah  dengan  mengadakan kempen "Jom Herba".  Hal ini dikatakan demikian kerana,  rakyat diberikan  pendedahan tentang kepentingan herba kepada  masyarakat Malaysia. Selain itu,  penanaman herba perlulah digalakan  di negara kita dengan memberikan bantuan modal   kepada para pengusaha.  Hal ini dik...
Recent posts

Contoh Rumusan

               Rumusan membincangkan kelebihan -kelebihan   pokok kari dan cara - cara menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial.                   Antara kelebihan pokok kari ialah daun ini membantu proses tumbubesaran dan pembentukan tulang bagi kanak-kanak. Selain itu, daun kari juga berupaya mengurangkan masalah osteoporosis. Dalam pada itu, pengambilan daun kari juga mampu mengawal penyakit diabetes. Di samping itu, daun kari juga dijadikan sebagai ubat penyakit bawaan air seperti disenteri dan taun. Seterusnya, akar pokok ini juga digunakan untuk merawat kulit melelas dan sengatan binatang berbisa. Akhir sekali, hati juga dilindungi daripada penyakit hepatisis dan sirosi. dengan mengambil daun kari.                 Cara - cara untuk menggalakkan pe...

Ciri - Ciri Petikan Rumusan Bahasa Melayu

Soalan rumusan ini  ditanya di dalam kertas 2 bahasa Melayu. Petikan rumusan ini merupakan soalan pertama yang dikemukkan dalam penilaian kertas 2. Rumusan yang dihasilkan oleh murid tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. Malahan terdapat tiga soalan pemahaman yang disediakan di bahagian kedua soalan ini.  Rumusan yang dihasilkan dibahagikan kepada 4 perenggan iaitu : Perenggan 1 -  Pengenalan  Perenggan 2 -  Isi Tersurat  Perenggan 3 -  Isi Tersirat Perenggan 4 -  Penutup Perenggan 1  Dikenali sebagai pengenalan  Perenggan ini dihasilkan melalui penyataan soalan yang disediakan  Ayat pertama dimulakan dengan menulis. Rumusan membincangkan Murid hanya perlu mengubah kata kunci di bahagian pertama (isi tersurat) sahaja Murid perlu mengekalkan kata kunci di bahagian kedua (isi tersirat) Sebagai contoh          Rumusan membincangkan kelebihan -kelebihan  ( isi tersurat)...

Refleksi Minggu 2

Refleksi Minggu 2 HMT 415 Psikolinguistik Selasa 17/9/2019          Hari Selasa yang bertarikh (17/9/2019) merupakan kuliah ketiga bagi krusus HMT 415 Psikolinguistik.   Kuliah ini dikendalikan oleh Dr Odi. Kuliah ini bertempat di DK W. Ia merupakan lanjutan dari kuliah sebelum ini (kuliah 2).   Pada awal kuliah ini Dr Jong menjelaskan tentang buku-buku psikolinguistik yang perlu dirujuk sepanjang krusus ini. Kuliah pada hari selasa membincangkan tentang linguistik. Bahagian yang dibincangkan dalam kuliah ini ialah morfologi, sintaksis dan semantik. Pendekatan kuliah pada hari tersebut lebih bersifat proses lisan dengan pensyarah. Melalui kuliah ini, saya mendapati bahawa seseorang pelajar yang mengambil bidang psikolinguistik perlu menguasai konsep-konsep dalam bidang linguistik.   Misalnya seperti, leksikon, morfem bebas dan morfem terikat, proses derivasi dan infleksi dalam bidang morfologi. Penerangan yang mendalam juga diberik...

Refleksi Minggu 1

Refleksi Minggu 1 HMT 415 Psikolinguistik Selasa (10/9/2019) Kuliah 1             Hari Selasa yang bertarikh pada (10/9/2019) merupakan kuliah pertama bagi krusus HMT 415 Psikolinguistik. Kuliah ini dijalankan di DK W. Pensyarah yang mengendalikan kuliah ini ialah Dr Rozaidah binti Abdul Rauf. Kuliah hari pertama ini adalah untuk menyampaikan serba sedikit tentang ilmu psikolinguistik. Namun demikian, aktiviti yang dirancang tersebut tidak dapat dilakukan seperti yang diharapkan kerana mengalami gangguan teknikal. Keadaan ini menyebabkan pensyarah tidak mampu menyampaikan kuliahnya. Oleh itu, Dr Rodzaidah dan Dr Odi telah membuat keputusan untuk berpindah ke dewan kuliah dan terpaksa membatalkan juga keputusan tersebut. Di dalam kuliah tersebut pensyarah hanya mampu menyampaikan beberapa tugasan yang akan dilakukan oleh pelajar sepanjang mengambil krusus HMT 415   iaitu menubuhkan sebuah kumpulan yang mempunyai...

Lima Domain Kajian Psikolingustik Moden

                            Psikolingusitik dikenali sebagai psikologi bahasa. Hal ini demikian kerana, bidang ini  memperlihatkan kajian tentang bahasa dan pemikiran manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, psikolinguistik merupakan sebuah ilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan pelaku dan akal budi manusia. Malahan, bidang bahasa ini memperlihatkan  proses bagaimana seseorang individu menerima dan menggunakan sesebuah bahasa.  (Berko - Gleason, Jean, & Ratner, Nan Bernstein, 1998 : 3). Oleh itu, psikolinguistik merupakan cakupan ilmu yang menjelaskan proses penggunaan bahasa seseorang individu yang dipengaruhi oleh aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.             Tujuan makalah maya ini ditulis adalah untuk menjelaskan tentang lima domain kajian  psikolinguistik dengan menggunakan ilustrasi gamb...