Soalan rumusan ini ditanya di dalam kertas 2 bahasa Melayu. Petikan rumusan ini merupakan soalan pertama yang dikemukkan dalam penilaian kertas 2. Rumusan yang dihasilkan oleh murid tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. Malahan terdapat tiga soalan pemahaman yang disediakan di bahagian kedua soalan ini.
Rumusan yang dihasilkan dibahagikan kepada 4 perenggan iaitu :
- Perenggan 1 - Pengenalan
- Perenggan 2 - Isi Tersurat
- Perenggan 3 - Isi Tersirat
- Perenggan 4 - Penutup
Perenggan 1
- Dikenali sebagai pengenalan
- Perenggan ini dihasilkan melalui penyataan soalan yang disediakan
- Ayat pertama dimulakan dengan menulis. Rumusan membincangkan
- Murid hanya perlu mengubah kata kunci di bahagian pertama (isi tersurat) sahaja
- Murid perlu mengekalkan kata kunci di bahagian kedua (isi tersirat)
- Sebagai contoh
Rumusan membincangkan kelebihan -kelebihan ( isi tersurat) pokok kari dan cara - cara (isi tersirat) menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial.
Perenggan 2
- Dikenali sebagai perenggan isi tersurat
- Isi tersurat merupakan isi yang dijumpai di petikan soalan yang disediakan
- Murid hanya perlu mencari sebanyak 6 isi sahaja
- Enam isi yang dijumpai perlu ditulis semula.
- Anda boleh mengubah struktur ayat tetapi perlulah membawa makna yang sama seperti dalam petikan
- Anda dikehendaki untuk menggunakan penanda wacana bagi menghasilkan ayat yang gramatis
- π Selain itu πDalam pada itu π Di samping itu π Seterusnya π Akhir sekali.
- Misalnya
Antara kelebihan pokok kari ialah daun ini membantu proses tumbubesaran dan pembentukan tulang bagi kanak-kanak. Selain itu, daun kari juga berupaya mengurangkan masalah osteoporosis. Dalam pada itu, pengambilan daun kari juga mampu mengawal penyakit diabetes. Di samping itu, daun kari juga dijadikan sebagai ubat penyakit bawaan air seperti disenteri dan taun. Seterusnya, akar pokok ini juga digunakan untuk merawat kulit melelas dan sengatan binatang berbisa. Akhir sekali, hati juga dilindungi daripada penyakit hepatisis dan sirosi. dengan mengambil daun kari.
Perenggan 3
- Dikenali sebagai perenggan isi tersirat
- Murid dikehendaki untuk menulis 2 isi sahaja
- Isi tersebut perlulah difikirkan oleh mereka sendiri.
- Isi tersebut tidak boleh diambil daripada petikan rumusan.
Cara - cara untuk menggalakkan penanaman pokok kari secara komersial ialah pihak kerajaan perlulah memberikan bantuan modal. Selain itu, pemasaran produk pokok kari perlulah diperluaskan di pasaran.
Perenggan 4
- Dikenali sebagai penutup
- Perenggan ini dihasilkan dengan satu ayat sahaja
- Ayat yang dihasilkan perlulah dihadirkan dengan kata hubung "agar" atau "supaya"
- Ayat ini mengandungi cadangan dan harapan
Kesimpulannya, penanaman pokok kari perlulah digalakan supaya dapat menjamin pasaran produk pokok kari.
Comments
Post a Comment