Refleksi
Minggu 2
HMT
415
Psikolinguistik
Selasa
17/9/2019
Hari Selasa yang bertarikh
(17/9/2019) merupakan kuliah ketiga bagi krusus HMT 415 Psikolinguistik. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr Odi. Kuliah
ini bertempat di DK W. Ia merupakan lanjutan dari kuliah sebelum ini (kuliah
2). Pada awal kuliah ini Dr Jong
menjelaskan tentang buku-buku psikolinguistik yang perlu dirujuk sepanjang
krusus ini. Kuliah pada hari selasa membincangkan tentang linguistik. Bahagian
yang dibincangkan dalam kuliah ini ialah morfologi, sintaksis dan semantik.
Pendekatan kuliah pada hari tersebut lebih bersifat proses lisan dengan
pensyarah. Melalui kuliah ini, saya mendapati bahawa seseorang pelajar yang
mengambil bidang psikolinguistik perlu menguasai konsep-konsep dalam bidang
linguistik. Misalnya seperti, leksikon,
morfem bebas dan morfem terikat, proses derivasi dan infleksi dalam bidang
morfologi. Penerangan yang mendalam juga diberikan terhadap konsep prototaip.
Dalam pada itu, dari aspek semantik pula, saya mendapati bahawa kemahiran untuk
mengenalpasti fitur adalah amat penting bertujuan untuk mengenalpasti fitur +
dan fitur – bagi sesebuah kata. Sebagai contoh dari kuliah kata Kavi mendukung
fitur [ + manusia ] dan [ - animal ].
Kuliah ini menfokuskan konsep -
konsep linguistik yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum mendalami ilmu
psikolinguistik. Konsep – konsep yang
berbentuk dalam bahasa Inggeris amat penting untuk difahami bagi memudahkan
kajian psikolinguistik. Sebuah tugasan
telah diberikan kepada pelajar. Pelajar di dalam kumpulan yang mengubah lirik
lagu perlulah menghasilkan sebanyak 10 ayat anamoli dan penaabiran yang
diujarkan oleh kanak – kanak.
Rabu
18/9/2019
Kuliah keempat yang bertarikh (18/9/2019) hari Rabu dijalankan
di DK J. Kuliah ini dikendalikan oleh Dr Odi. Ia merupakan lanjutan daripada
kuliah pada hari Selasa. Sebelum memulakan kuliah, Dr Jong memberikan serba
sedikit penjelasan tentang kuliah minggu ketiga iaitu persepsi pertuturan
terutamanya dalam bayi. Kuliah pada hari ini, lebih bersifat menfokuskan pada
kefahaman pelajar tentang konsep – konsep linguistik. Untuk mengenalpasti
kefahaman pelajar pada konsep ini, pensyarah melaksanakan aktiviti dengan
menggunakan aplikasi Quizlet. Di dalam aktiviti ini, pelajar perlu menjawab
soalan secara berkumpulan. Soalan – soalan yang dikemukan berfokuskan pada
konsep – konsep linguistik yang dipelajar sebelum ini. Konsep – konsep dan
huraiannya dikemukan dalam bahasa Inggeris. Dalam sesi ini, saya rasa sangat sukar
untuk menjawab soalan tersebut. Hal ini demikian kerana, saya tidak mahir di
dalam bahasa Inggeris. Soalan yang dikemukan berfokuskan kepada bidang
linguistik iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik
dan analisis wacana. Penerangan tentang konsep anamoli dan penaabiran dalam
pertuturan kanak – kanak dilaksanakan di dalam kelas. Namun demikian, saya
tidak memahami perkara tersebut.
Pada akhir kuliah saya mendapati
bahawa, kefahaman saya terhadap konsep-konsep linguistik terutamanya dalam
bahasa Inggeris adalah sedikit. Oleh itu, pembacaan banyak perlulah dilakukan
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman.
Dihantar
pada : Jumaat (20/9/19)
Masa : 8.59 p.m
Comments
Post a Comment