Soalan rumusan ini ditanya di dalam kertas 2 bahasa Melayu. Petikan rumusan ini merupakan soalan pertama yang dikemukkan dalam penilaian kertas 2. Rumusan yang dihasilkan oleh murid tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. Malahan terdapat tiga soalan pemahaman yang disediakan di bahagian kedua soalan ini. Rumusan yang dihasilkan dibahagikan kepada 4 perenggan iaitu : Perenggan 1 - Pengenalan Perenggan 2 - Isi Tersurat Perenggan 3 - Isi Tersirat Perenggan 4 - Penutup Perenggan 1 Dikenali sebagai pengenalan Perenggan ini dihasilkan melalui penyataan soalan yang disediakan Ayat pertama dimulakan dengan menulis. Rumusan membincangkan Murid hanya perlu mengubah kata kunci di bahagian pertama (isi tersurat) sahaja Murid perlu mengekalkan kata kunci di bahagian kedua (isi tersirat) Sebagai contoh Rumusan membincangkan kelebihan -kelebihan ( isi tersurat)...
Comments
Post a Comment