Skip to main content

Lima Domain Kajian Psikolingustik Moden


                 
          Psikolingusitik dikenali sebagai psikologi bahasa. Hal ini demikian kerana, bidang ini  memperlihatkan kajian tentang bahasa dan pemikiran manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, psikolinguistik merupakan sebuah ilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan pelaku dan akal budi manusia. Malahan, bidang bahasa ini memperlihatkan  proses bagaimana seseorang individu menerima dan menggunakan sesebuah bahasa. (Berko - Gleason, Jean, & Ratner, Nan Bernstein, 1998 : 3). Oleh itu, psikolinguistik merupakan cakupan ilmu yang menjelaskan proses penggunaan bahasa seseorang individu yang dipengaruhi oleh aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.


           Tujuan makalah maya ini ditulis adalah untuk menjelaskan tentang lima domain kajian  psikolinguistik dengan menggunakan ilustrasi gambar. Gambar-gambar berkenaan telah ditangkap di perkarangan bangunan C24, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia.  Lima domain kajian yang telah dipilih oleh penulis ialah pemerolehan bahasa, pemahaman, gangguan bahasa, bahasa dan pemikiran dan neurokognisi.



                                                         
 🙉 Pemerolehan  Bahasa 🙉
(Gaya memperoleh bunyi)


Pemerolehan bahasa merupakan domain psikolinguistik yang menjelaskan tentang  bagaimana seseorang kanak - kanak memperolehi bahasa pertama . Proses pemerolehan bahasa bersifat urutan yang dipengaruhi oleh faktor sosial dan biologi seseorang. Sebagai contoh, semasa bayi berumur sehingga ke  dua bulan, dia gemar menghasilkan  bunyi yang bersifat reflexive seperti  menangis. Apabila bayi sampai pada umur dua bulan, mereka mula gelak dan coo. Dalam masa lima hingga enam bulan pula, bayi menghasilkan bunyi babbling iaitu sebutan mama dan dada. 





          Pemahaman💪💪💪
(Gaya tidak memahami sesuatu perkara)


Pemahaman merupakan sebuah bidang kajian yang mengintepretasikan makna yang diujarkan oleh penutur.  Bidang kajian ini memperlihatkan bagaimana maklumat - maklumat atau perkataan yang dujarkan disusun di dalam minda pendengar. Perkara ini dijelaskan oleh ahli falsafah Quine (1960). Sebagai contoh di dalam penulisannya beliau menyuruh pembaca untuk memikirkan supaya diri anda berada di sebuah kawasan yang tidak pernah mengenali bahasa tersebut iaitu Kabala. Anda hanya dibenarkan untuk mengaitkan bahasa yang didengar tersebut dengan bunyimya. Secara tiba-tiba terdengar bunyi “Gavagai” “Aha” apabila ternampak seekor arnab. Oleh itu secara tidak langsung melalui sebutan tersebut pendengar memahami bahawa “Gavagai “ membawa makna seekor arnab. OIeh yang demikian bidang kajian  pemahaman menjelaskan tentang kebolehan seseorang individu untuk mengintpretasikan perkara yang didengarinya. 








😈 Gangguan bahasa 😈
(Gaya menganggu dan menakutkan kanak - kanak) 

Gangguan bahasa dikenali sebagai speech error. Ia memperlihatkan tentang kegagalan pertuturan yang berlaku kepada seseorang individu semasa mengujarkan sesuatu bahasa. Sebagai contoh, kejadian slip tongue menyebabkan perkataan yang dihasilkan semasa  ujaran sukar difahami. Misalnya, 

You have missed all my history lectures
You have hissed all my mystery lectures

Contoh di atas menunjukan berlakunya slip tongue. Hal ini demikian kerana, berlakunya kesilapan dalam menyebut missed dan ia disebut sebagai hissed




💭Bahasa dan Pemikiran 💭
(Memikirkan sesuatu dengan penat)

Bahasa dan pemikiran merupakan bidang kajian yang menjelaskan tentang peranan bahasa manusia di dalam pemikiran manusia. Hal ini demikian kerana, bahasa sesebuah kelompok berbeza dengan kelompok penutur bahasa yang lain. Hal ini demikian kerana, budaya kelompok ini berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, sebutan bagi orang biasa dikenali sebagai snow namun demikian orang Eskimo membahagikanya kepada empat jenis iaitu ‘aput’ (SNOW ON THE GROUND), quana (FALLING SNOW), “pigsirpog” (DRIFT SNOW) and qiuqsuq (A SNOW DRIFT) kerana gaya hidup mereka berbeza dengan yang lain. 





 😀Neurokognisi 😀
(Berkelakuan bagaikan orang terencat akal)


Neurokognisi merupakan gabungan kata neuron dan kognisi. Oleh itu, neurokognisi merupakan kajian tentang fungsi otak dan bahasa manusia. Ia memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh saraf-saraf otak manusia dalam menghasilkan sesuatu bahasa.  


       Kesimpulannya, penulisan makalah ini membincangkan tentang lima domain kajian moden psikolinguistik. Kelima-lima domain ini dipengaruhi oleh kajian unsur - unsur linguistik seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. 


Rujukan : 

Berko - Gleason, Jean, & Ratner, Nan Bernstein. (1998). Psycholinguistics 2nd Ed. Boston University, USA,  University of Maryland, College Park, USA, Harcout Publishers Ltd, a subsidary of Harcourt International Ltd, London. 

Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Keempat 


Dihantar pada : Jumaat (20/9/19)

Masa                : 9.02 p.m

          

Comments

Popular posts from this blog

Ciri - Ciri Petikan Rumusan Bahasa Melayu

Soalan rumusan ini  ditanya di dalam kertas 2 bahasa Melayu. Petikan rumusan ini merupakan soalan pertama yang dikemukkan dalam penilaian kertas 2. Rumusan yang dihasilkan oleh murid tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. Malahan terdapat tiga soalan pemahaman yang disediakan di bahagian kedua soalan ini.  Rumusan yang dihasilkan dibahagikan kepada 4 perenggan iaitu : Perenggan 1 -  Pengenalan  Perenggan 2 -  Isi Tersurat  Perenggan 3 -  Isi Tersirat Perenggan 4 -  Penutup Perenggan 1  Dikenali sebagai pengenalan  Perenggan ini dihasilkan melalui penyataan soalan yang disediakan  Ayat pertama dimulakan dengan menulis. Rumusan membincangkan Murid hanya perlu mengubah kata kunci di bahagian pertama (isi tersurat) sahaja Murid perlu mengekalkan kata kunci di bahagian kedua (isi tersirat) Sebagai contoh          Rumusan membincangkan kelebihan -kelebihan  ( isi tersurat)...

Contoh Rumusan

               Rumusan membincangkan kelebihan -kelebihan   pokok kari dan cara - cara menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial.                   Antara kelebihan pokok kari ialah daun ini membantu proses tumbubesaran dan pembentukan tulang bagi kanak-kanak. Selain itu, daun kari juga berupaya mengurangkan masalah osteoporosis. Dalam pada itu, pengambilan daun kari juga mampu mengawal penyakit diabetes. Di samping itu, daun kari juga dijadikan sebagai ubat penyakit bawaan air seperti disenteri dan taun. Seterusnya, akar pokok ini juga digunakan untuk merawat kulit melelas dan sengatan binatang berbisa. Akhir sekali, hati juga dilindungi daripada penyakit hepatisis dan sirosi. dengan mengambil daun kari.                 Cara - cara untuk menggalakkan pe...

Soalan Pemahaman Rumusan Bahasa Melayu

Soalan 1 Maksud rangkai kata mempunyai potensi ialah memiliki kebolehan. Soalan 2 Beberapa cara yang dinyatakan oleh pengarang untuk menggunakan pokok kari bagi   merawat penyakit ialah tangkai daun kari dikeringkan secara optimum. Selain itu, batang   pokok kari yang dikeringkan direbuskan supaya dijadikan air.  Akhir sekali, daun kari  segar boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam. Soalan 3  Pada pandangan saya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan  rakyat  supaya menggunakan  bahan berasaskan herba dalam bidang  tersebut ialah  dengan  mengadakan kempen "Jom Herba".  Hal ini dikatakan demikian kerana,  rakyat diberikan  pendedahan tentang kepentingan herba kepada  masyarakat Malaysia. Selain itu,  penanaman herba perlulah digalakan  di negara kita dengan memberikan bantuan modal   kepada para pengusaha.  Hal ini dik...