Refleksi
Minggu 1
HMT
415
Psikolinguistik
Selasa (10/9/2019)
Kuliah 1
Hari Selasa yang bertarikh pada
(10/9/2019) merupakan kuliah pertama bagi krusus HMT 415 Psikolinguistik.
Kuliah ini dijalankan di DK W. Pensyarah yang mengendalikan kuliah ini ialah Dr
Rozaidah binti Abdul Rauf. Kuliah hari pertama ini adalah untuk menyampaikan
serba sedikit tentang ilmu psikolinguistik. Namun demikian, aktiviti yang
dirancang tersebut tidak dapat dilakukan seperti yang diharapkan kerana
mengalami gangguan teknikal. Keadaan ini menyebabkan pensyarah tidak mampu
menyampaikan kuliahnya. Oleh itu, Dr Rodzaidah dan Dr Odi telah membuat
keputusan untuk berpindah ke dewan kuliah dan terpaksa membatalkan juga
keputusan tersebut. Di dalam kuliah tersebut pensyarah hanya mampu menyampaikan
beberapa tugasan yang akan dilakukan oleh pelajar sepanjang mengambil krusus HMT
415 iaitu menubuhkan sebuah kumpulan
yang mempunyai 8 orang untuk menjalankan tugasan tutorial dan projek. Kami
dikehendaki untuk menyiapkan tugasan 1 Tutorial dan soalan projek sebelum hari
Jumaat (20/9/2019) dan selitkannya di pintu pejabat.
Seterusnya, disebabkan masa tidak
mencemburui kami, Dr Odi telah membekalkan kami dengan sebuah tugasan iaitu
menghasilkan lirik sebuah lagu yang bertemakan makanan dengan mengunakan irama
muzik Alif Satar / Raihan (Sesungguhnya) atau Faizal Tahir (Gemuruh dan
rakamkannya. Saya telah berkumpulan dengan seorang gadis yang bernama Ain seorang
penyanyi nasyid. Kemudian kami telah membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah
lirik lagu nasi lemak dengan berdendangkan alunan muzik gemuruh. Penghasilan
lirik lagu tersebut amatlah sukar kerana kami mempunyai perbezaan pendapat
kerana saya lebih gemar mengaitkan lirik tersebut dengan perkataan sinonimya,
manakala Ain pula lebih suka kaitkanya dengan irama lagu. Oleh itu, saya pun
redha dan melaksanakan tugasan tersebut lalu dipaparkannya di dalam kumpulan
whatassp dan facebook.
Rabu
11/9/19
Hari Rabu yang bertarikh pada
11/9/19 merupakan kuliah kedua bagi krusus ini. Kuliah kedua ini dikendalikan
oleh Dr Rozaidah binti Abdul Rauf di DK J. Kuliah pada hari ini bertajuk
sebagai Suatu Pengenalan kepada Psikolinguistik. Apakah yang pengguna –
pengguna bahasa tahu ?. Ciri - ciri bahasa . Di dalam kuliah, saya didedahkan
oleh pensyarah tentang konsep – konsep asas yang harus pelajar psikolinguistik
ketahui. Melalui pengajarannya, saya memahami bahawa bidang psikolinguistik ini
merupakan sebuah bidang kajian yang mencakupi kesemua elemen linguistik seperti
fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Oleh itu,
penguasan pada kelima-lima kajian linguistik ini amat penting dalam kajian
psikolinguistik. Malahan, beberapa contoh telah dikemukan untuk meningkatkan
kefahaman pelajar terhadap bidang ini. Misalnya, pelajar diminta bezakan bahasa
yang ditutur di antara Afdlin Shauki dan Senario Apek. Kita boleh melihat
perbezaan ketara di dalam perbualan mereka kerana dipengaruhi oleh faktor
budaya dan gaya hidup mereka. Selain
itu, para pelajar diminta untuk membezakan sebutan 4 jenis ma di dalam bahasa
Mandrain. Ia kerana, sebutan 4 jenis ma tersebut berbeza mengikut fungsinya. Dalam
pada itu, para pelajar juga diminta untuk melihat situasi seseorang individu
yang berdiam diri dan berbunyi aaa apabila ditimbulkan persoalan. Individu yang
mengeluarkan bunyi aaa tersebut didapati memampu menjawab soalan tersebut. Hal
ini demikian, bunyi aaa yang dikeluarkan sebelum mengeluarkan jawapan tersebut
menunjuka bahawa terdapat proses berfikir di dalam mindanya. Selain itu, di
dalam kuliah ini juga pelajar didedahkan tentang keistimewaan bahasa berbanding
dengan pertuturan. Kesemua perkara yang dibincangkan di dalam kuliah ini
dikaitkan dengan konsep linguistik.
Namun demikian, saya berpendapat
bahawa pensyarah hanya menyediakan bahan kuliah sebagai bahan rujukan asas
sahaja sebaliknya saya kena meneroka sendiri berkenaan perkara yang
dikuliahkan.
Dihantar
pada : Jumaat (20/9/2019)
Masa : 8.55 p.m
Comments
Post a Comment