Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Refleksi Minggu 2

Refleksi Minggu 2 HMT 415 Psikolinguistik Selasa 17/9/2019          Hari Selasa yang bertarikh (17/9/2019) merupakan kuliah ketiga bagi krusus HMT 415 Psikolinguistik.   Kuliah ini dikendalikan oleh Dr Odi. Kuliah ini bertempat di DK W. Ia merupakan lanjutan dari kuliah sebelum ini (kuliah 2).   Pada awal kuliah ini Dr Jong menjelaskan tentang buku-buku psikolinguistik yang perlu dirujuk sepanjang krusus ini. Kuliah pada hari selasa membincangkan tentang linguistik. Bahagian yang dibincangkan dalam kuliah ini ialah morfologi, sintaksis dan semantik. Pendekatan kuliah pada hari tersebut lebih bersifat proses lisan dengan pensyarah. Melalui kuliah ini, saya mendapati bahawa seseorang pelajar yang mengambil bidang psikolinguistik perlu menguasai konsep-konsep dalam bidang linguistik.   Misalnya seperti, leksikon, morfem bebas dan morfem terikat, proses derivasi dan infleksi dalam bidang morfologi. Penerangan yang mendalam juga diberik...

Refleksi Minggu 1

Refleksi Minggu 1 HMT 415 Psikolinguistik Selasa (10/9/2019) Kuliah 1             Hari Selasa yang bertarikh pada (10/9/2019) merupakan kuliah pertama bagi krusus HMT 415 Psikolinguistik. Kuliah ini dijalankan di DK W. Pensyarah yang mengendalikan kuliah ini ialah Dr Rozaidah binti Abdul Rauf. Kuliah hari pertama ini adalah untuk menyampaikan serba sedikit tentang ilmu psikolinguistik. Namun demikian, aktiviti yang dirancang tersebut tidak dapat dilakukan seperti yang diharapkan kerana mengalami gangguan teknikal. Keadaan ini menyebabkan pensyarah tidak mampu menyampaikan kuliahnya. Oleh itu, Dr Rodzaidah dan Dr Odi telah membuat keputusan untuk berpindah ke dewan kuliah dan terpaksa membatalkan juga keputusan tersebut. Di dalam kuliah tersebut pensyarah hanya mampu menyampaikan beberapa tugasan yang akan dilakukan oleh pelajar sepanjang mengambil krusus HMT 415   iaitu menubuhkan sebuah kumpulan yang mempunyai...

Lima Domain Kajian Psikolingustik Moden

                            Psikolingusitik dikenali sebagai psikologi bahasa. Hal ini demikian kerana, bidang ini  memperlihatkan kajian tentang bahasa dan pemikiran manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, psikolinguistik merupakan sebuah ilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan pelaku dan akal budi manusia. Malahan, bidang bahasa ini memperlihatkan  proses bagaimana seseorang individu menerima dan menggunakan sesebuah bahasa.  (Berko - Gleason, Jean, & Ratner, Nan Bernstein, 1998 : 3). Oleh itu, psikolinguistik merupakan cakupan ilmu yang menjelaskan proses penggunaan bahasa seseorang individu yang dipengaruhi oleh aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.             Tujuan makalah maya ini ditulis adalah untuk menjelaskan tentang lima domain kajian  psikolinguistik dengan menggunakan ilustrasi gamb...